kisahnya amat kugami..
izinkan sy untuk kongsi ttg kisahnya..
keimanan Mashitah begitu luar biasa
dia sememangnya layak untuk mendapat penghormatan daripada
Kekasih Agung dengan maqamnya yg wangi senantiasa..
Wanita ini, dahulunya ialah tukang penyisir/pedandan rambut puteri Fir'aun
yg hidup pd zaman Nabi Musa a.s
Semasa beliau melakukan tugasnya, tiba2 sikatnya terlepas drpada genggamannya
lalu terjatuh ke lantai, dgn spontan..Mashitah mengucapkan "Allah!"
Anak Fir'aun, tersentak mendengar perkataan yg pelik keluar drpada mulut Mashitah..lalu, puteri Fir'aun mendesak Mashitah untuk memberitahunya,
apa mksd perkataan itu.
Akhirnya, Mashitah menjelaskn bahawa beliau beriman kdp Tuhan yang wajib di-Imani, bukan ayah tuan puteri Fir'aun yang angkuh itu
lantas, puteri Fir'aun melaporkan kpd ayahandanya.
tatkala mendengar laporan drpada puterinya, Fir'aun tersangat murka
dan memanggil Mashitah dtg menghadap
Mashitah diminta untuk menjelaskan apa yang didengarinya lantas, dgn tenang..Mashitah berterus-terang
Fir'aun mendesak Mashitah agar dia menarik balik pengakuannya
Namun, Mashitah enggan dan tdk berganjak dgn pendiriannya.
Fir'aun mengarahkan Mashitah dan ahli keluarganya dibunuh, dgn cara dihumbankan ke dlm kawah yg besar yang dipenuhi dgn minyak yg mendidih panas...
Selepas satu persatu anaknya dicampak, tinggal hanya Mashitah bersama bayi yg masih kecik dlm dekapannya. Dengan penuh keyakinan, Mashitah terus terjun ke dlm kawah yg sgt panas itu. Demikian, Mashitah dan keluarganya, Mati Syahid...
kisah ini diabadikan dlm rakaman hadith Rasulullah s.a.w, sebagai sebuah
ikhtibar untuk ummat akhir zaman.
sebuah ikhtibar yg tidak ternilai harganya. Mashitah dan keluarganya dimuliakan Allah
dgn bukti, pusaranya yg harum.
~TAKBIR!!~