Daripada Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yg cerdik ialah org yg selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal utk bekalan sesudah mati,sedangkan org yg lemah(tidak cerdik)ialah org yg selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah s.w.t(utk mendapat kebahagian dan pengampunan daripada-Nya tanpa beramal soleh)”.H.R Tirmizi
Hidup bukan apa yang manusia inginkan,namun hidup merupakan perjalanan mencari redha TUHAN,lalu adanya ALLAH untuk memastikan setiap keputusan dan tetap natijahnya itu milik DIA..."
Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri... DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T..
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian,yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman…