
"Tiada suatu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin Allah melalui suatu suratan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang mahu habuan dunia maka Kami akan berikan kepadanya. Dan sesiapa yang inginkan pahala akhirat maka Kami juga akan anugerahkan kepadanya. Kami akan berikan pahala kepada orang-orang yang bersyukur".
Surah Ali Imran ayat 145.
Sabda Rasulullah saw,
"Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu mendpatiNya di hadapanmu (dengan pertolongannya), Kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengenalmu dalam kesusahan". Selanjutnya Rasulullah saw bersabda, "Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran".